Wednesday 5 October 2011

Interaksi 7 : Kaedah Penilaian Bahasa

Kaedah Penilaian Bahasa

Pemerhatian melalui Kontrak Pembelajaran
  1.   Dikenali juga sebagai perjanjian pembelajaran kontrak yang dibuat antara guru dan pelajar. 
  2. Persetujuan / kontrak antara guru dengan murid (individu / kumpulan) berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis.  
  3. Ia meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan tugas berkenaan iaitu ; bentuk akhir tugasan dihasilkan - tahap manakah tugasan itu perlu disiapkan. bagaimana tugasan itu akan dilaksanakan - adakah secara individu / kumpulan. jika berkumpulan, bagaimanakah input yang diharapkan dari setiap individu yang terlibat. berapa lama dan bilakah tugasan tersebut perlu disiapkan. konsikuen yang akan diterima oleh pihak yang gagal memenuhi/mematuhi kontrak tersebut.  
  4. Kontrak biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak telah bersetuju dengan syarat-syarat/kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.   
Fungsi kontrak pembelajaran


  • Pelajar mengenalpasti dan merekod. 
  • Menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri.  
  • Mengenalpasti kaedah2 yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut.  
  • Menetapkan jangka masa pelaksanaan untuk penghasilannya.  
  • Menentukan bagaimana dan pada tahap mana pencapaian matlamat pembelajaran / tugasan akan dinilai.  
  • Membantu pelajar membuat refleksi bukan sahaja pada akhir tugasan tetapi juga pada sepanjang proses kerjayanya iaitu dari awal hingga hasil terakhir.

Penilaian Melalui Soal Jawab

  1. Ia membawa maksud seorang guru akan dapat menilai murid2nya melalui soal jawab yang dilaksanakan di dalam kelas. 
  2. Sesi soal jawab yang dilaksanakan selepas sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran bertujuan untuk mengetahui sejauhmanakah kefahaman murid tentang pelajaran yang telah diajar. 
  3. Melalui soal jawab juga membolehkan guru mengetahui kelemahan murid dalam sesuatu topik / tajuk pelajaran.  
  4. Kemudian, guru akan mencari jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut
Rujukan :
Kamariah Abu Bakar et. al. (1999). Pengujian dan Penilaian dalam Pengajaran. Serdang: Universiti Putra    
        Malaysia. 
Bachman Lyle F. (1990).  Fundamental consideration in language testing.  Oxford: Oxford University Press.
Brown James Dean, Hudson Thom.  (2002).  Criterion-reference language testing.  Cambridge: Cambridge 
       University Press
Lynch, Brian K. (2003).  Language assessment and programme evaluation.  Edinburg : Edinburgh University Press.
McGrath, Ian.  (2002).  Materials evaluation and design language teaching.  Edinburg: Edinburgh University Press.

No comments:

Post a Comment